Posts

YESUS, aku PERCAYA padaMU.

Aku meminta dan Kau memberikannya padaku.. pintu yang kuketuk Kau bukakan dengan seluasnya.. pencarianku Kau hentikan dengan penemuan yang memuaskan jiwa manusiawiku.. Engkau memberikan segalanya bagiku Bapa.. dengan penuh kepercayaan Kau letakkan semuanya itu di telapak tanganku sambil hati dan jiwaku tetap Kau genggam erat.. Terima kasih Bapa, anugerah besar ini membuatkan aku berfikir justeru meletakkan Engkau yang paling utama dalam hidupku saat ini.. Terima kasih Bapa, kerana sesungguhnya aku tidak akan mampu menolak rasa ini jika tangan kasihMu tidak menggenggam erat hatiku.. sehingga berbekas di lubuk jiwaku dengan tanda cintaMu yang maha agung.. Siapakah yang mampu menggantikan Engkau di tempat yang tertinggi ini Tuhan..  Saat ini Tuhan, aku mahu melepaskan diriku dari perasaan sia-sia ini dan kembali dalam rangkulan erat kasihMu.. Bapa, kepada siapakah aku hendak meletakkan keselamatan jiwaku ini jika Engkau tiada di dalamku.. kerana sungguh hanya Engkaulah kese...

Ibuku menangis...

Ibuku menangis dan perasaannya terluka oleh sikap orang di sekelilingnya. Ibuku terluka hatinya oleh kata-kata fitnah orang di sekitarnya yang bukan orang lain tetapi saudara sedarahnya. Ibuku menangis kecewa dan terkilan tetapi kata-kata putus asa tidak pernah diucapkan oleh bibirnya, kata kesal tidak pernah menjadi topik perbualan dan luahan rasanya. Ibuku kuat dan tahan menderita; walau ku jangka dan ku fikir dia tidak mampu melaluinya kerana banyak ketakutannya.. kerana ibuku tidak pernah menunjukkan penglibatan aktifnya dalam komuniti dan pelayanan gereja. Ibuku menyibukkan diri dengan pekerjaan ringannya selain menjaga rumah tangga dan membesarkan kami. Pada hari Ahad, dia akan merayakan ekaristi bersama keluarga dan bersama Yesus; kemudiannya akan terus kembali ke rumah dan sekali lagi memulakan rutin hariannya. Ibu, jauh dari pelayanan gereja mungkin kerana rendah diri pada tahap pendidikannya yang sifar..tapi pada saat ini aku melihat ibu lebih daripadaku..lebih daripada ...

Catatan dari Romo Inno Ngutra ...

DICINTAIMU KUTERSIKSA (Persembahan tulus dari seorang sahabat untuk para sahabat yang terluka hati dan batin saat ini) “Cinta seharusnya membebaskan orang yang dicintai. Cinta seharusnya menjadi dasar merajut kebahagiaan. Akan tetapi ketika kudapatkan seberkas pengampunan di balik ketulusan cintanya maka batinku sungguh tersiksa dalam kebahagiaan karena menemukan cinta sejati itu.” Inilah sharing seorang ibu muda ketika kebetulan kami bertemu di kampus pada saat pendaftaran untuk semester baru yang akan dimulai pada minggu depan ini. Ia lalu berkisah; Father, hotel kecil dan besar di kota Manila menawarkan harga murah untuk durasi waktu singkat; ada yang 2, 3, 6, 9, 12 bahkan sehari penuh. Dan, kalau father pernah menengok ke sana maka hampir setiap jam ada pasangan selingkuhan yang “check in and check out.” Ini sebuah pemandangan yang biasa di kota-kota di Filipina. Tak terasa air mata ibu ini sudah jatuh membasahi pipinya. Sesekali ia mencoba menyeka dengan sapu tangan ke...

Keadilan / Justice

Image
Keadilan yang serupa apakah kita cari dalam hidup ini?  PengorbananNya di kayu salib kerana ketidakadilan dunia.  Dia memikul ketidakadilan dunia,  mencurahkan darah kudusNya ketika kita masih berdosa.  Menahan amarahNya oleh perbuatan dosa kita  dan menyerahkan PuteraNya yang tunggal sebagai utusan damai penghapus dosa.  Keadilan yang seperti apa kalian cari di dunia fana ini?  Apakah kita cukup adil terhadap diri sendiri dan orang lain?  Apakah kita lebih adil dan lebih baik daripada semua orang lain? "Kasihilah sesamamu seperti Aku telah mengasihi kalian" ~ Tuhan, ajar aku untuk lebih mahu mengasihi, ajar aku untuk lebih mahu memahami, ajar aku untuk menerima segala kelemahan orang lain sebagai kelemahanku, saat Engkau menerima aku dalam segala keburukan dan kekuranganku; ajar aku Tuhan, supaya aku juga dapat menerima semuanya daripada saudara-saudaraku. Kerana dengan begitu, mereka akan tahu Engkaulah Tuha...

Doa dan Percaya

Ketakutan menguasai hidupku, aku percaya atau aku berfikir aku percaya.. ada saat kita akan mencari cara bagaimana untuk percaya. Aku tahu dan kenal kuasaNya yang tidak terbatas.."percayalah pada perbuatan-perbuatan itu sendiri.." tetapi akan ada suatu saat di mana kita akan lupa dan hilang akal bagaimana untuk percaya tanpa mempersoalkan satu apa pun. Tuhan, aku berlutut sambil berdoa. Terasa menggeletar seluruh tubuhku, ketakutan bukan lagi oleh sebab ujian itu barangkali, tetapi oleh kerana kerapuhan iman percayaku terhadapMu. Aku mahu jadi seperti Abraham, tanpa mempersoalkan perintahMu, dia berjalan menuju ke Tanah Perjanjian. Aku mahu jadi seperti dia, tetapi saat itu aku rasakan terlalu berat dan ia menjadi beban dalam hidupku saat itu. Engkau menghantar pesanMu melalui seorang hambaMu..dan aku seketika itu berfikir dan mencuba lagi untuk percaya tanpa mempersoalkan pekerjaanMu itu. Saat itu suatu perasaan gembira menguasai aku, dalam keadaan berlutut itu hatiku ...

Walk With Me!

...the moment when Mother Mary is backing off, cannot endure the pain anymore.. for God knows how much the pain she had bore since she said "Yes" to all God's plan. the moment she wanted to quit and stop, she saw her Son fall to the ground,  looking exhausted and painful.. carrying the big cross on His shoulder... despite her sorrow and pain, she hurriedly come to Him and said  "I am here" I cry to myself.. experiencing the love she had for Him; despite her heartache, she choose to stay beside Him and followed in His passion. And, i really believe when He looks at His mother and said  "Look mother, I make all things new.." He is looking at me and instead of talking to His mother, He said to me; "Walk with me!"  my heart is in pain, full of regret,  and instead of feeling sorry to myself.. my soul is crying "Yes!"  ..Yes Lord, if this is Your calling for me, than let it be according to Your will.. ...

Mengikuti Jejak Kristus

[Lenten Retreat = Following The Passion of The Lord Through Life :  Lenten 2011] Pada saat aku ragu-ragu dan berhadapan dengan begitu banyak persoalan tentang iman, Engkau Tuhan, membawa aku melalui jalan ini. Melalui saat hening dan renungan ini, aku menemukan jawapan untuk semua persoalan hidupku. Pada saat aku mencuba pelbagai cara untuk menemukan jawapan.. dan ada suatu saat aku fikir telah menemukannya; Engkau hadir memberikan jawapan yang benar, mengusir segala keraguan, menyentuh jiwa dan rohku, sehingga aku tidak dapat menyangkal lagi.. bahawa Engkaulah jawapan bagi segala persoalanku. Saat aku menyalahkan orang lain kerana membawa aku ke dalam situasi ini; Engkau hadir dan menegaskan "Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang telah memilih kamu." Engkau memberikan begitu banyak peluang kepadaku untuk menunjukkan cinta kasihku kepadaMu.. sepertimana Engkau memberi peluang kepada Pilatus yang akhirnya tetap menolak Engkau kepada orang-orang Yahudi.. Engkau memi...