Mengikuti Jejak Kristus

[Lenten Retreat = Following The Passion of The Lord Through Life : 
Lenten 2011]

Pada saat aku ragu-ragu dan berhadapan dengan begitu banyak persoalan tentang iman, Engkau Tuhan, membawa aku melalui jalan ini. Melalui saat hening dan renungan ini, aku menemukan jawapan untuk semua persoalan hidupku. Pada saat aku mencuba pelbagai cara untuk menemukan jawapan.. dan ada suatu saat aku fikir telah menemukannya; Engkau hadir memberikan jawapan yang benar, mengusir segala keraguan, menyentuh jiwa dan rohku, sehingga aku tidak dapat menyangkal lagi.. bahawa Engkaulah jawapan bagi segala persoalanku.

Saat aku menyalahkan orang lain kerana membawa aku ke dalam situasi ini; Engkau hadir dan menegaskan "Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang telah memilih kamu." Engkau memberikan begitu banyak peluang kepadaku untuk menunjukkan cinta kasihku kepadaMu.. sepertimana Engkau memberi peluang kepada Pilatus yang akhirnya tetap menolak Engkau kepada orang-orang Yahudi.. Engkau memimpin aku sehingga aku memilih untuk menjadi seperti Simon dari Sirene yang mulanya menolak Engkau kerana kepentingan diri sendiri.. misteri penyelamatanMu sungguh tak terduga oleh akal fikiran manusiawi. Aku belajar bahawa iman sahaja tidak cukup untuk aku datang kepadaMu, aku perlu menyatakan cinta kasihku melalui setiap perbuatanku. Aku perlu bertanggungjawab atas semua perlakuanku.. "Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia."



Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]