Keadilan / Justice


Keadilan yang serupa apakah kita cari dalam hidup ini? 
PengorbananNya di kayu salib kerana ketidakadilan dunia. 
Dia memikul ketidakadilan dunia, 
mencurahkan darah kudusNya ketika kita masih berdosa. 
Menahan amarahNya oleh perbuatan dosa kita 
dan menyerahkan PuteraNya yang tunggal sebagai
utusan damai penghapus dosa. 

Keadilan yang seperti apa kalian cari di dunia fana ini? 
Apakah kita cukup adil terhadap diri sendiri dan orang lain? 
Apakah kita lebih adil dan lebih baik daripada semua orang lain?

"Kasihilah sesamamu seperti Aku telah mengasihi kalian"

~ Tuhan, ajar aku untuk lebih mahu mengasihi, ajar aku untuk lebih mahu memahami, ajar aku untuk menerima segala kelemahan orang lain sebagai kelemahanku, saat Engkau menerima aku dalam segala keburukan dan kekuranganku; ajar aku Tuhan, supaya aku juga dapat menerima semuanya daripada saudara-saudaraku. Kerana dengan begitu, mereka akan tahu Engkaulah Tuhan yang aku sembah dan muliakan. Amen. ~

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]