Posts

Showing posts from September, 2021

Hari ini

Hiduplah hari ini kerana esok belum tentu milikmu. Syukuri hari ini,  Cintai semua orang hari ini,  Ampuni semua orang dan; Situasi yang menyakitkan hari ini,  Kerana, Esok belum tentu ada kesempatan.  Sujudlah hari ini, Kerana, Esok mungkin kita menghadap dia, Untuk; Mempertangungjawabkan dursila dosa-dosamu! Kita tidak memiliki hari esok. Hari ini ada untuk kita kerana augerahNya.  Baiki semuanya hari ini.  Hari ini adalah kesempatan yang Dia beri dan; Dia menunggu kita untuk mengerti dan percaya bahawa, Sesungguhnya kita hanya ada Dia!

Rasa Ini

Perit duka hati, Merasa sendiri, Tiada yang mengerti, Dia yang selalu ada kini tiada lagi, Dia yang selalu faham kini sepi, Tidak mendengar lagi. Kosong menyapa, Hati ini mati tanpa rasa, Air mata berhenti menyiksa, Kering tak bersisa.   Engkau menyapa aku dengan begitu banyak peristiwa hari ini. Aku selalu gagal menelaah rasa ini. Rasa yang tidak asing yang telah Kau tanam secara ajaib dalam batin terdalam. Mengapa sering kali Kau menyapaku dengan kesedihan yang meremukkan jiwaku? Kau biarkan aku terus merasa tanpa mengerti. Oh! Kekasih jiwaku tidakkah Kau merasa aku terpukul hiba oleh rasa ini? Apa yang cuba Kau tunjukkan? Apakah aku masih menahan diri untuk diserahkan seluruhnya kepadaMu? Ajar aku.. Kau sungguh tahu hatiku dan rasaku adalah milikMu. Rasa Ini terus memukul. Rasa Ini membuat aku terdiam seribu bahasa. Rasa Ini menghentikan segala gerak lakuku. Rasa Ini mengkakukan langkahku. Rasa Ini mencuri nafas dadaku. Rasa Ini mematikan segalanya.  Begitukah yang Kau rasa tiap saa

Perjalanan bersama Sang Kasih

Detik demi detik Kau berjalan bersamaku. Saatku dilahirkan Engkau menunggu di situ, menyambut kehadiranku dalam kasih yang tidak terucapkan. Bersama misi yang Kau tetapkan untukku. Anak yang baik yang tidak pernah merengek meminta lebih.  Kau menunjukkan wajahMu yang indah di langit dan aku kebingungan. Dalam usia kanak-kanak aku disuruh memilih berlutut atau tinggalkan saja. Akal kecilku cuma mampu menanda diri dengan tanda kemenanganMu; dalam hati ada rasa, mungkinkah orang lain melihat aku jika aku berlutut? Aku memilih untuk malu dan segan. Waktu berlalu, aku mengenal kehendak dan mengabdi dalam senyap. Tiada yang mampu menidakkan inginku. Aku bergerak dalam diam hanya amarah bergejolak tiada yang mampu menahan. Aku belajar dengan payah dan dalam tangis kesal. Diamku hanya aku yang faham dan aku tahu Engkau paling faham. Aku berjalan nyata dalam sembunyi. Tiada siapapun yang perlu kenal siapa aku. Namun apa yang Kau tanam dalam hatiku tidak mampu aku tolak. Terangkah itu? Mengapa h

Hati

Tiada apa pun yang dapat memuaskanmu Tiada apa pun yang dapat menenangkan engkau Dunia terasa asing dan sunyi Kau terperosok di sudut duka Rindu yang tak bertepi Rindu yang mematikan rasa Oh! hati... Tiada yang dapat menggerakkan jasad menuju Engkau Rindu berat yang mematikan jiwa dan rohku  Alur tangis menyobek kalbu.. sakit.. pedih.. Belati tajamkah yang menghiris hati? Di mana darahnya?  Di mana lukanya? Di mana Engkau?  Mengapa Engkau meninggalkan aku?