YESUS, aku PERCAYA padaMU.

Aku meminta dan Kau memberikannya padaku.. pintu yang kuketuk Kau bukakan dengan seluasnya.. pencarianku Kau hentikan dengan penemuan yang memuaskan jiwa manusiawiku.. Engkau memberikan segalanya bagiku Bapa.. dengan penuh kepercayaan Kau letakkan semuanya itu di telapak tanganku sambil hati dan jiwaku tetap Kau genggam erat.. Terima kasih Bapa, anugerah besar ini membuatkan aku berfikir justeru meletakkan Engkau yang paling utama dalam hidupku saat ini..

Terima kasih Bapa, kerana sesungguhnya aku tidak akan mampu menolak rasa ini jika tangan kasihMu tidak menggenggam erat hatiku.. sehingga berbekas di lubuk jiwaku dengan tanda cintaMu yang maha agung.. Siapakah yang mampu menggantikan Engkau di tempat yang tertinggi ini Tuhan.. 

Saat ini Tuhan, aku mahu melepaskan diriku dari perasaan sia-sia ini dan kembali dalam rangkulan erat kasihMu.. Bapa, kepada siapakah aku hendak meletakkan keselamatan jiwaku ini jika Engkau tiada di dalamku.. kerana sungguh hanya Engkaulah keselamatan dan menara kekuatanku.. Tuhan, aku mahu meninggalkan semua kebohongan ini dan kembali lagi mengabdi diri kepadaMu Sang Pencinta Agung.. KasihMu Tuhan sungguh tiada ternilai oleh kehidupan fana ini.. aku mahu mencintaiMu sungguh-sungguh.. seperti Engkau sudah mencintai aku terlebih dahulu dan terlebih mendalam daripada segala sesuatu yang telah Kau ciptakan..

Pada saat ini Tuhan, segala sesuatu yang menjadi dambaan hidup manusia fana ini akan gemilang duniawi aku hentikan di dalam namaMu yang kudus, Yesus Kristus. Kerana Engkau rela mati bagiku, saat ini aku juga mahu menamatkan kesia-siaan ini untuk bangkit bersamaMu dalam kekekalan.. Tuhan Yesus, aku percaya padamu. Amen.

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]