Matius 13:10-17 / Mathew 13:10-17

Maka datanglah murid-muridNya dan bertanya kepadaNya: "Mengapa Engkau berkata-kata kepada mereka dalam perumpamaan?" Jawab Yesus: "Kepadamu diberi karunia untuk mengetahui rahsia Kerajaan Sorga, tetapi kepada mereka tidak. Kerana siapa yang mempunyai, kepadanya akan diberi, sehingga ia berkelimpahan; tetapi siapa yang tidak mempunyai, apa pun juga yang ada padanya akan diambil daripadanya. Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tida mendengar dan tidak mengerti. Maka pada mereka genaplah nubuat Yesaya, yang berbunyi:
Kamu akan mendengar dan mendengar, namun tidak mengerti, 
kamu akan melihat dan melihat, namun tidak menanggap.
Sebab hati bangsa ini telah menebal, dan telinganya berat mendengar,
dan matanya melekat tertutup; supaya jangan mereka melihat dengan matanya
dan mendengar dengan telinganya dan mengerti dengan hatinya,
lalu berbalik sehingga Aku menyembuhkan mereka.
Tetapi berbahagialah matamu kerana melihat dan telingamu kerana mendengar. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya banyak nabi dan orang benar ingin melihat apa yang kamu lihat, tetapi tidak melihatnya, dan ingin mendengar apa yang kamu dengar, tetapi tidak mendengarnya..."

"Abba, ajar aku untuk lebih mendengar dan mengerti, ajar aku untuk melihat dan menanggapi semua ajaran kasihMu.. ajar aku Bapa, untuk lebih mengutamakan kehendakMu dalam hidupku. Lebih dari itu Bapa, ajar aku untuk menerima semuanya itu dengan penuh kerendahan hati. Demi Yesus Kristus yang Hidup dan berkuasa untuk selama-lamanya. Amen."

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]