Engkau sungguh bererti di mataNya..

Apapun adanya anda saat ini, anda sungguh bererti di mata Bapa. Sekecil manapun anda saat ini, anda masih berharga di mata Bapa. Bapa tidak melihat keindahan lahiriah namun batin dan hatimu selalu diselidikiNya. Bapa tidak pernah menilai sejauh mana pemberianmu dan pengorbananmu kepadaNya kerana Dia sungguh tahu keberadaan anda. Tiap kelemahan anda diketahui dan difahamiNya. Bapa tidak pernah menuntut lebih daripada apa yang mampu anda berikan kepadaNya namun Dia menerima apa adanya anda saat ini. Bapa selalu sama dari dahulu sampai selama-lamanya. 


 

Saat ini aku boleh beristirahat dalam pelukan kasihNya dengan penuh percaya dan pengharapan. Aku mahu menjadi seperti bunga-bunga di ladang, mereka tidak bertempik dan bersorak, mereka menari mengikut alunan dan hembusan angin, kehadirannya cuma sementara namun dari mula ia berputik ia tak berhenti memuji Bapa.. ia menari memuliakan Allah, selalu memancarkan keindahan warnanya yakni lambang kasih Bapa.. bunga-bunga liar itu adalah lambang kemiskinan dan kelemahanku namun tetap selalu kelihatan kaya pada mata Bapa.. kerana, keindahan yang menghiasi diriku adalah karunia dan demi kemuliaan Bapa di Syurga .. sepertimana waktu penciptaan Dia melihat semuanya itu BAIK. 
Terima KASIH Bapa, atas hari yang indah ini. Segala hormat, pujian dan syukur hanya kepadaMu. 

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]