Kerendahan hati adalah jalan yang paling sukar!




Kerendahan hati adalah jalan yang paling sukar menuju Yesus Kristus...suatu persembahan yang berkenan di hadapanNya adalah suatu dulang kerendahan hati yang sudah dibakar cukup-cukup. Hari ini Yesus memberikan aku suatu peluang untuk menyelami kerendahan hatiNya sendiri. Perasaan itu sukar untuk kugambarkan secara tulisan tapi cukup membuatku sedar betapa selama ini aku mendahulukan kepentingan peribadi dan perasaanku saja. Aku tidak pernah sedar keinginan Yesus dalam hidupku, "..aku ini hamba Tuhan, terjadilah kehendakMu dalam hidupku.." ... Yesus Tuhanku, yang merendahkan diriNya untukku sampai di kayu salib. SabdaNya yang hidup muncul dalam fikiran.."Jika engkau ingin menjadi besar, jadilah pelayan.." Siapalah aku ini Tuhan, untuk menjadi pelayan Allahku?

Kita kadangkala lupa, apa yang berlaku dalam hidup kita adalah semata-mata melakukan kehendak Bapa di syurga..semua yang kita lalui adalah demi kemuliaan namaNya saja. Jika kita sedar kita tidak punya apa-apa di hadapanNya, kita akan menyatakan dalam diri kita bahawa kita ini hamba yang melakukan segala pekerjaan untuk Dia, hanya alat untuk menyatakan kemuliaanNya, segala pujian untuk kebaikan yang kita lakukan sesungguhnya tidak layak untuk kita..hanya Dia dalam kemuliaanNya yang besar kerana segala apa yang baik berasal dari Allah.

Aku bersyukur kepadaMu Bapa, kerana sesungguhnya semua itu Kau sembunyikan dari orang besar dan Kau nyatakan kepada orang-orang kecil. Aku percaya Bapa, bahawa Yesuslah, Jalan, Kebenaran dan Hidup ; Alpha dan Omega; Tuhan Yesus, aku percaya padaMu! Amen.

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]