Posts

Deritaku adalah deritaMu

 Jangan berharap pada manusia, sebab ia tidak lebih dari pada embusan nafas, dan sebagai apakah ia dapat dianggap? - Yesaya 2:22    Setiap kali Engkau membawa aku melalui jalan ini dan sekali lagi aku terus menangis dan menangis.. Tidakkah Kau kasihani aku yang terluka berulang kali dek sikap orang sekelilingku? Mereka seperti serigala yang menanti aku keletihan lalu membaham tubuhku.. Semuanya bertopeng  kebaikan namun hati penuh daki degil hitam gelap dan suram. Apakah aku mengambil sesuatu daripada mereka? Sakitkah hati mereka bila melihat aku bahagia? Engkau lihatlah betapa luka cabikan yang mereka buat pada ulu hatiku dengan pandangan dengki mereka. Engkau rasalah kecewa yang merobek lubuk hatiku dengan senyuman pura-pura mereka. Bagaimana mampu mereka mengukir senyum dengan hati yang sepahit hempedu pekat meloyakan? Jauhkan aku Tuhan. Daripada semua kejahatan itu jauhkan aku.  Kuatkan aku Tuhan. Daripada semua kemunafikan itu kuatkan aku... kuatkan aku untuk menahan amarah daging

Hari ini

Hiduplah hari ini kerana esok belum tentu milikmu. Syukuri hari ini,  Cintai semua orang hari ini,  Ampuni semua orang dan; Situasi yang menyakitkan hari ini,  Kerana, Esok belum tentu ada kesempatan.  Sujudlah hari ini, Kerana, Esok mungkin kita menghadap dia, Untuk; Mempertangungjawabkan dursila dosa-dosamu! Kita tidak memiliki hari esok. Hari ini ada untuk kita kerana augerahNya.  Baiki semuanya hari ini.  Hari ini adalah kesempatan yang Dia beri dan; Dia menunggu kita untuk mengerti dan percaya bahawa, Sesungguhnya kita hanya ada Dia!

Rasa Ini

Perit duka hati, Merasa sendiri, Tiada yang mengerti, Dia yang selalu ada kini tiada lagi, Dia yang selalu faham kini sepi, Tidak mendengar lagi. Kosong menyapa, Hati ini mati tanpa rasa, Air mata berhenti menyiksa, Kering tak bersisa.   Engkau menyapa aku dengan begitu banyak peristiwa hari ini. Aku selalu gagal menelaah rasa ini. Rasa yang tidak asing yang telah Kau tanam secara ajaib dalam batin terdalam. Mengapa sering kali Kau menyapaku dengan kesedihan yang meremukkan jiwaku? Kau biarkan aku terus merasa tanpa mengerti. Oh! Kekasih jiwaku tidakkah Kau merasa aku terpukul hiba oleh rasa ini? Apa yang cuba Kau tunjukkan? Apakah aku masih menahan diri untuk diserahkan seluruhnya kepadaMu? Ajar aku.. Kau sungguh tahu hatiku dan rasaku adalah milikMu. Rasa Ini terus memukul. Rasa Ini membuat aku terdiam seribu bahasa. Rasa Ini menghentikan segala gerak lakuku. Rasa Ini mengkakukan langkahku. Rasa Ini mencuri nafas dadaku. Rasa Ini mematikan segalanya.  Begitukah yang Kau rasa tiap saa

Perjalanan bersama Sang Kasih

Detik demi detik Kau berjalan bersamaku. Saatku dilahirkan Engkau menunggu di situ, menyambut kehadiranku dalam kasih yang tidak terucapkan. Bersama misi yang Kau tetapkan untukku. Anak yang baik yang tidak pernah merengek meminta lebih.  Kau menunjukkan wajahMu yang indah di langit dan aku kebingungan. Dalam usia kanak-kanak aku disuruh memilih berlutut atau tinggalkan saja. Akal kecilku cuma mampu menanda diri dengan tanda kemenanganMu; dalam hati ada rasa, mungkinkah orang lain melihat aku jika aku berlutut? Aku memilih untuk malu dan segan. Waktu berlalu, aku mengenal kehendak dan mengabdi dalam senyap. Tiada yang mampu menidakkan inginku. Aku bergerak dalam diam hanya amarah bergejolak tiada yang mampu menahan. Aku belajar dengan payah dan dalam tangis kesal. Diamku hanya aku yang faham dan aku tahu Engkau paling faham. Aku berjalan nyata dalam sembunyi. Tiada siapapun yang perlu kenal siapa aku. Namun apa yang Kau tanam dalam hatiku tidak mampu aku tolak. Terangkah itu? Mengapa h

Hati

Tiada apa pun yang dapat memuaskanmu Tiada apa pun yang dapat menenangkan engkau Dunia terasa asing dan sunyi Kau terperosok di sudut duka Rindu yang tak bertepi Rindu yang mematikan rasa Oh! hati... Tiada yang dapat menggerakkan jasad menuju Engkau Rindu berat yang mematikan jiwa dan rohku  Alur tangis menyobek kalbu.. sakit.. pedih.. Belati tajamkah yang menghiris hati? Di mana darahnya?  Di mana lukanya? Di mana Engkau?  Mengapa Engkau meninggalkan aku?  

Lembaran 2020 ...

Lembaran hidup yang baru ... perjalanan dimulai tragis dan mengelirukan ... namun aku memilih untuk berjalan bersama Dia... Juruselamatku; Pemilik jiwa; Tuhan dan Allahku. Suatu episod dalam hidup mengambil tempat memulakan plot perjalanan hidup. Disiplin doa devosi berubah drastik. Masih melakukan devosi wajib yg selebihnya ditinggalkan. Hati masih didamaikan dengan penjelasan yang boleh dimengerti sejauh akalku. Apabila Dia membenarkan penularan pandemik, dunia jadi keliru dan kelam kabut. Sempat berasa kesal dengan sikap manusia yang acuh tak acuh berhadapan dengan cabaran ini.. atau mungkin penghakimanku sendiri atas tindakan yang mereka pamerkan? Aku belajar kesombongan di sebalik tabir prihatin. Pandemik menghalang untuk mendekat perayaan ekaristi. Tidak dapat melayani acara rutin. Rasa terlalu jauh dari Tuhan padahal masih melakukan rutin devosi di rumah. Jiwa begitu rindu. Kerinduan yang tidak dimengerti dan kepedihan yang sungguh merobek hati. Salib hidup semakin berat .. adak

Menyakitkan...

Ah Tuhan... Selalu saja aku mencari kesenangan duniawi, yang akhirnya menyakitkan aku! Kesakitan yang kurasai saat ini semakin pedih dan semakin sendiri! Ah Tuhan... Engkau begitu indah dan memuaskan, mengapa hatiku terus mencari yang sia-sia? Engkaulah tujuan hidup bagi setiap makhluk ciptaanMu. Ah Tuhan... Redakanlah hati dan inginku yang merosakkan jiwaku! Ambil tempatMu ya Allah Roh Kudus dalam jiwaku! Ambil segalanya Tuhan... sebab segalanya adalah milikMu! Ah Tuhan... Sebegitu kecil dan perlahan suaraMu... Engkau memuaskan keinginanku! Ah Tuhan... Aku cinta padaMu; Sang Cinta