Lembaran 2020 ...

Lembaran hidup yang baru ... perjalanan dimulai tragis dan mengelirukan ... namun aku memilih untuk berjalan bersama Dia... Juruselamatku; Pemilik jiwa; Tuhan dan Allahku.

Suatu episod dalam hidup mengambil tempat memulakan plot perjalanan hidup. Disiplin doa devosi berubah drastik. Masih melakukan devosi wajib yg selebihnya ditinggalkan. Hati masih didamaikan dengan penjelasan yang boleh dimengerti sejauh akalku.

Apabila Dia membenarkan penularan pandemik, dunia jadi keliru dan kelam kabut. Sempat berasa kesal dengan sikap manusia yang acuh tak acuh berhadapan dengan cabaran ini.. atau mungkin penghakimanku sendiri atas tindakan yang mereka pamerkan? Aku belajar kesombongan di sebalik tabir prihatin.

Pandemik menghalang untuk mendekat perayaan ekaristi. Tidak dapat melayani acara rutin. Rasa terlalu jauh dari Tuhan padahal masih melakukan rutin devosi di rumah. Jiwa begitu rindu. Kerinduan yang tidak dimengerti dan kepedihan yang sungguh merobek hati.

Salib hidup semakin berat .. adakah seberat salib yang DIA pikul saat itu? Oh, sudah tentu tidak dan ia sesuai dengan kemampuanku yang mana DIA sendiri berperan sebagai Simon dari Kirena dalam tiap langkahku. Mampukah aku melalui semua ini sendirian? Oh, sungguh tidak mungkin.

 Apa yang dianugerahkan Nya dengan kasih telah diambilnya semula. Betapa perit hati ini dan tiada siapa pun yang dapat mengerti. Masa berlangsung terlalu pantas dan badai kecewa memukul lubuk jiwa berkali-kali. Suara hati manusiawi bertanya mengapa tidak diambil saja jiwa ini daripada meneruskan hidup dengan kekosongan yang menghimpit dada. Teganya akal mempersoalkan DIA ... aku ini Tuhan, manusia yang benar bejat di dalam kalbu dan pengertian .. gah dalam sombongnya rohani!

Bila aku mencerca diri, Engkau datang lagi memujuk dan mengelus dan aku kehilangan kata-kata. Aku mencari di mana tangis dan sakit itu .. tidak kutemui. Ia hilang bersama pujukan dan elusanMu. Kau tidak pernah membenarkan aku mengeluarkan air mata bagi sesuatu yang sia-sia.. dan aku menangis lagi.. menangis kerana Engkau yang begitu baik.

Air mata ini turun hanya untuk menangisi kebaikan Mu yang tidak pernah habis dalam hidupku. Terima kasih KEKASIHku.

 


Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]