..Terkesima......

Sebab rancanganKu bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalanKu,   demikianlah firman TUHAN.
~Yesaya 55:8~
 
 
Aku terkesima menyaksikan kebijaksanaan Allah dalam rencanaNya. Aku menyaksikan semuanya di kedalaman jiwaku. Aku termangu-mangu ketika merasakannya...
 
What just happened? This is not what I planned.
Aku tak puas hati dengan apa yang baru aku lakukan. Aku rasa aku boleh buat yang terbaik dari itu!
 
{BIASANYA aku akan mengumpul rasa malu, marah, terkilan, dan sebagainya kerana kegagalan itu. Mungkin bagi orang lain itu bukan kegagalan, but for me, NOPE!!! It was a failure ..[those thinking are from my old self.. haha].. TETAPI hari ini, suatu kelainan singgah di hatiku..SPEECHLESS is the exact word for what i feel until now.}
 
~ Aku manusia idealistik. Mengharap kesempurnaan datang dari setiap usaha dan kebijaksanaanku. Aku meletakkan semuanya di bahuku.
 
+ Yesus yang manis seringkali melambai kepadaku. Memujuk aku meletakkan beban di bahuku ke bahuNya. Yesus merayu aku memikul kukNya yang lemah lembut dan ringan.
 
~ Aku tidak dapat melihatNya kerana dikuasai kemanusiaanku yang bebal dan sombong.
 
Hari ini aku belajar, apa yang kufikirkan baik di mata Tuhan adalah sebenarnya kejelikan di mata Allah. Apa yang kukira adalah jalan yang dipilih oleh Tuhan untukku, rupanya jalan yang penuh onak bagiku.
 
Tiada satu apapun sebenarnya yang aku lakukan dengan fikiranku adalah benar dan disukai Tuhan. [Kembalilah kepada Allah kerana di luar daripadaNya, kita tidak dapat berbuat apapun.]
 
..dan sekarang ini walaupun masih terkesima, dan ada rasa jengkel serta marah mengintai dari kamar dosa; aku mahu berteriak TUHAN TOLONG AKU. TUHAN SELAMATKAN AKU.
 
AKU AKAN KUAT DI SAMPING ALLAH YANG KUPERCAYA.
 
*Aku suka perasaan baru ini. WOW!!! 😌😌😌
 
C U on next post... God bless all 💓
 

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]