Mazmur 4:4 ...

[ Biarlah kamu marah, tetapi jangan berbuat dosa; berkata-katalah dalam hatimu di tempat tidurmu, tetapi tetaplah diam. -> Mazmur 4:4 <- ]

Aku bersyukur Tuhan kerana walaupun aku selalu lalai dengan tujuan hidupku .. Engkau tidak pernah meninggalkan aku ..

Pada saat aku terluka kerana dikecewakan oleh orang-orang di sekelilingku .. Engkau datang menolong aku .. Engkau membisikkan kata-kata lembut dan menguatkan hatiku .. menyembuhkan luka-luka di hatiku

Damai yang Kau tinggalkan untukku.. damaiMu yang Kau berikan padaku.. ia bukan seperti apa yang mampu diberikan oleh dunia ini.. Damai yang berasal dari Syurga.. yang membawa kepada kebahagiaan abadi bersamaMu..

"..engkau boleh saja berasa marah dan kecewa.. namun jangan sampai kekecewaan dan kemarahanmu membawa engkau mendekati dan melakukan dosa.." 

Sungguh Tuhan, Engkau memerhati setiap perlakuanku.. tiap saat hidupku Engkau hitung tanpa terkurang walau sedetik pun.. terima kasih Tuhan, kerana bisikan lembut itu.. ia sungguh-sungguh menguatkan aku .. Engkau selalu tahu apa yang aku perlukan..

Selamanya aku ingin menyembahMu Tuhan!

 


Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]