YESUS, aku PERCAYA padaMU.
Aku meminta dan Kau memberikannya padaku.. pintu yang kuketuk Kau bukakan dengan seluasnya.. pencarianku Kau hentikan dengan penemuan yang memuaskan jiwa manusiawiku.. Engkau memberikan segalanya bagiku Bapa.. dengan penuh kepercayaan Kau letakkan semuanya itu di telapak tanganku sambil hati dan jiwaku tetap Kau genggam erat.. Terima kasih Bapa, anugerah besar ini membuatkan aku berfikir justeru meletakkan Engkau yang paling utama dalam hidupku saat ini.. Terima kasih Bapa, kerana sesungguhnya aku tidak akan mampu menolak rasa ini jika tangan kasihMu tidak menggenggam erat hatiku.. sehingga berbekas di lubuk jiwaku dengan tanda cintaMu yang maha agung.. Siapakah yang mampu menggantikan Engkau di tempat yang tertinggi ini Tuhan.. Saat ini Tuhan, aku mahu melepaskan diriku dari perasaan sia-sia ini dan kembali dalam rangkulan erat kasihMu.. Bapa, kepada siapakah aku hendak meletakkan keselamatan jiwaku ini jika Engkau tiada di dalamku.. kerana sungguh hanya Engkaulah kese...