Bonda Maria


Hatiku tiba-tiba sangat tersentuh dengan kehadiran Bonda Maria yang menyelinap masuk dalam fikiranku sebentar tadi, sejenak namun sangat memuaskan dan sangat memberi kesegaran betapa bahagianya mempunyai ibu sehebat dan sesuci Maria. Suatu lambang cintakasih Kristus sendiri tatkala Dia mewariskan ibuNya kepada Yohanes dan seterusnya kepada aku khasnya. Yesus mempunyai ciri cintakasih dari Bapa kerana Dia dibentuk dalam rahim Maria melalui kuasa Roh Kudus, namun didikan dan asuhan Maria juga telah semakin memekarkan cintakasih itu, justeru Yesus tahu ibuNya akan menjadi jalan masuk kepadaNya. Bonda Maria pengantara pada Kristus yang sungguh-sungguh adalah pertolongan sejati kepada orang berdosa seperti aku. Ingat lagi peristiwa di Kana, bilamana anggur pihak pengantin habis; Bonda Maria cepat-cepat meminta kepada Puteranya yang memang tidak bisa menolak permintaan ibu yang manis. Kerendahan hati dan sikap pelayanan Bonda Maria melangkaui segala apa yang pernah dilakukan oleh para orang kudus. Apa lagi yang dapat diberikan oleh seorang anak kepada ibunya untuk membalas budi....tidak ada apa-apa! Tidak ada apa-apa yang boleh membayar jasa pengorbanan seorang ibu. Itulah dia Bonda Maria, icon teladan semua ibu di seluruh alam semesta ini. Terima kasih Yesus, kerana sesungguhnya Engkau tahu, melalui ibuMu cintakasihMu akan lebih dinyatakan kepada kami.

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]