..banyak DIBERI, banyak juga DITUNTUT...

Tetapi barangsiapa tidak tahu akan kehendak tuannya dan melakukan apa yang harus mendatangkan pukulan, ia akan menerima sedikit pukulan. Setiap orang yang kepadanya banyak diberi, dari padanya akan banyak dituntut, dan kepada siapa yang banyak dipercayakan, dari padanya akan lebih banyak lagi dituntut."(Luk 12:48)

* Ketika sedang menimbang dan merenung begitu banyak perkara yg berlaku akhir2 ini, saya terpanggil untuk mengungkapkan firman ini.. Tanpa sedar saya rasa mahu mnggunakannya untuk memberi rasional tindakan yg perlu diambil... Tapi Tuhan membawa saya menelusuri lebih jauh makna firman ini.... TERIMALAH KASIHKU TUHAN.. KUPUJI NAMAMU..

* Seringkali kita menilai dan membandingkan apa yg kita alami dan apa yg dialami oleh orang lain. Tanpa sedar, kita menjadi iri hati dan dengki.. mungkin juga marah dan sakit hati dengan rakan2 kita... Mungkin kerana sikap mereka yg suka lepas tangan dan mementingkan diri sendiri, ingin menang sendiri tanpa memikirkan perasaan kita, tanpa memberi peluang memahami keinginan dan cadangan kita. Kita jadi lemah dan kecewa serta terkilan...

* Bila kita merasakan dan menyedari semua ini, kita sebenarnya sangat hampir dengan Tuhan. Kita bisa merasakan kesakitan hati dan kekecewaan kerana sikap rakan2 yg tidak mengambil berat, tidak prihatin akan hal sesama sedangkan kita berusaha mencipta damai dalam sesama..mengapa hal ini kita rasakan?..  Kerana kita sebenarnya sudah dibentuk oleh Roh Tuhan melalui doa kita, firmanNya, sakramen2, sehingga kita tidak lagi menjadi seperti dunia ini.

[Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.(Rom 12:2)]

* Jadinya, kita yg sudah diperbaharui dan dipercayakan dengan tanggungjawab dan amanah Tuhan, harus berjalan semakin maju membawa bersama Kristus dalam hidup kita. Menjadi saksi yg hidup kepada rakan2 kita, kerana untuk itulah kita dipanggil. Kristus melalui Roh KudusNya telah menguatkan kita, sebab itu kita tidak harus menjadi lemah apabila berhadapan dengan ketidakadilan dan sikap remeh orang lain kerana KITA YG SUDAH BANYAK DIBERI, HARUS BERANI UNTUK MEMBERIKAN APA JUGA YG BAKAL DITUNTUT TUHAN... Bila kita diperlekeh, kita DITUNTUT untuk menjadi lebih sabar dan mengerti.. Bila kita dibenci, kita DITUNTUT untuk lebih mengasihi musuh2 kita...  :-)

[ Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang benar, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan dan patut dipuji, pikirkanlah semuanya itu.Dan apa yang telah kamu pelajari dan apa yang telah kamu terima, dan apa yang telah kamu dengar dan apa yang telah kamu lihat padaku, lakukanlah itu. Maka Allah sumber damai sejahtera akan menyertai kamu.(Flp 4:8-9)] <3 <3 <3

SALAM DAMAI SEMUANYA... Semoga KASIH ALLAH TERUS TUMBUH DENGAN SUBUR DALAM ROH ANDA SEHINGGA NYATA DLM HIDUP ANDA. Amen!!

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]