Sahabatku ...

Hari ini hidupku berlalu dengan suka cita dan keajaiban.. [sebenarnya hari-hariku berlalu dengan rasa ini kerana Tuhan selalu menyertai ku.. dan aku percaya ^^] 

~ Hari ini hasil perkongsian dengan kanak-kanak PMG, aku terpanggil untuk menyatakan hal ini di hadapan mereka ...
"Tuhan mencatat semua perkara yang kita lakukan.."
kemudian, satu perasaan yang indah muncul dalam hatiku .. lantas, aku menyambung..
"..tapi Tuhan hanya mencatat perkara baik yang kita lakukan.. Dia tidak akan mencatat perkara jahat yang kita lakukan.."
..saat ini, bukan saja aku berkongsi iman, harapan, dan kasihku terhadap anak-anak ini..tetapi Tuhan sendiri melalui Roh KudusNya, telah memberikan aku rasa indah ini.. ya, Tuhan itu SUNGGUH BAIK. Dia tidak pernah memperhitungkan dosa-dosa kita kerana Dia selalu MENGERTI KELEMAHAN kita .. Dia mengumpul sebanyak mana KASIH yang kita sampaikan kepada DIA melalui SESAMA .. 

Tuhan mahu kita terus berusaha untuk mengasihi sesama dan Dia sendiri akan menumpangkan tanganNya ke atas kita agar kita punya kekuatan untuk melakukan hal yang menyenangkan hatiNya

~ Mazmur 103:8-12
TUHAN adalah penyayang dan pengasih, panjang sabar dan berlimpah kasih setia. Tidak selalu Ia menuntut, dan tidak untuk selama-lamanya Ia mendendam. Tidak dilakukan-Nya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalas-Nya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, tetapi setinggi langit di atas bumi, demikian besarnya kasih setia-Nya atas orang-orang yang takut akan Dia; sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya dari pada kita pelanggaran kita. 

Saat ini, apakah anda meragui KASIH YESUS? 
Percayalah, Tuhan Yesus tidak memandang remeh pada air mata penyesalan atas dosa yang telah kita lakukan.. Dia siap memanggil kita bila kita bersedia untuk mendongak dan memandang kepadaNya. 
Yesus mendepakan tanganNya di atas kayu salib bukanlah tindakan yang sia-sia.. tetapi sebagai tanda bahawa Dia mencintai kita lebih daripada nyawaNya .. dan Dia memanggil kita sahabat..

Saat ini, adakah kita bersedia untuk menerima tanda persahabatan daripada Yesus Sang Juruselamat? Dia memerlukan jawapan dan tindakan nyata daripada kita..
[Tuhan memberkati kita semua.. ^^]


Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]