Bertahanlah, Tuhan akan menjawab doamu..

Dan pada hari itu kamu tidak akan menanyakan apa-apa kepada-Ku. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu minta kepada Bapa, akan diberikan-Nya kepadamu dalam nama-Ku. Sampai sekarang kamu belum meminta sesuatupun dalam nama-Ku. Mintalah maka kamu akan menerima, supaya penuhlah sukacitamu. 
--> Yohanes 16:23-24 <--

~ Permohonan kepada ALLAH BAPA dalam nama YESUS KRISTUS pasti selalu dipenuhi menurut RENCANA ALLAH. Menepati WAKTU dan KETIKA yang sudah ditentukan olehNYA.

~ TUHAN menjawab doa-doa kita dalam cara yang paling istimewa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusiawi kita kerana DIA, ALLAH yang mengerti keperluan kita. TUHAN selalu memberi yang terbaik untuk tiap permohonan kita.

~ Bertahanlah dan jangan putus asa selagi anda belum mengerti jawapan TUHAN kepada doa-doa anda. Melalui ROH KUDUSNYA, DIA akan membuatkan anda mengerti justeru BERSUKA CITA.




Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]