“Siapa gerangan orang ini, sehingga angin dan danau pun taat kepadaNya?” Markus 4:41



[..aku mohon supaya apa yang bisa aku kongsikan di sini adalah seturut kehendakMu dan yang berkenan di hatiMu, kerana yang aku inginkan ialah melakukan kehendakMu; walau perkara yang paling kecil dan hina ini..]
Siapa gerangan orang ini? Siapa Yesus di hatiku? Petikan Injil ini benar-benar menyentuh hatiku. Bukan kerana Yesus meneduhkan danau saat 2000 lebih tahun yang lampau di hadapan murid-muridNya. Bukan juga kerana kekuasaanNya yang sering aku dengar dan cuba hayati..namun kerana persoalan yang diungkapkan oleh murid-muridNya. Siapa gerangan orang ini?
Persoalan ini acapkali muncul di benakku..dan aku tidak mengerti mengapa persoalan ini muncul setelah sekian lama. Dalam melalui perjalanan imanku, aku tiba-tiba terhenti di persimpangan ini. Sebelum ini pernah datang suatu persoalan yang akhirnya terjawab..dan aku tidak memperhatikannya lagi. Kali ini, bagaimana harus aku membuka hatiku untuk menerima jawapan yang hanya Kau bisa berikan? Sesingkat dan sejauh ini sahaja perjalananku bersamaMu dan jiwaku diasak oleh persoalan ini..dan mungkin atau apakah benar, persoalan ini sebenarnya daripadaMu khas untukku?
Siapa Engkau di dalam hatiku? Siapa Engkau di dalam jiwaku? Siapa Engkau di dalam setiap denyut kehidupanku? Otakku dengan mudah mengutarakan jawapan, tapi mulutku enggan mengatakannya kerana jiwa dan roh mempersoalkannya. Apakah benar Engkau Tuhan yang selalu bertakhta di hatiku? Apakah benar aku mengasihi Engkau dengan sepenuh jiwa ragaku? Apakah benar hanya Engkau yang aku harapkan? Semua jawapan otak disangkal mudah oleh jiwa dan roh…dan aku sedih kerana menyedari betapa aku membohongi Engkau selalu oleh kata-kata manisku, oleh puji-pujianku; sedangkan hatiku mencari kesenangan yang lain.
Ampuni aku ya Tuhan! Bagaimana mampu aku membohongi Engkau sedangkan jiwa dan rohku tidak dapat menyembunyikannya dariMu. Ampuni aku ya Tuhan! Bagaimana mungkin aku dapat menyangkal cintaMu dalam hidupku yang tidak pernah berhenti mengasihi dan mengajar aku untuk datang padaMu. Ampuni aku ya Tuhan, yang pada saat ini menyesal dan kemudiannya berpaling lagi dariMu!
Tuhan, ajar aku untuk menerima segala kelemahanku dengan sikap penyerahan utuh kepada kekuasaanMu. Biar kehendakMu berlaku di dalamku. Yesus, aku percaya kepadaMu. Amen.


Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]