Lelah

Tuhan, saat aku lelah dan buntu Engkau selalu hadir dan kasihMu tidak pernah kurang padaku. Lewat segala kelemahanku justeru kasihMu makin besar dan nyata. Pada saat aku tidak tahu berbuat apa-apa, pada saat kekeringan makin menghambat jiwaku, RohMu membuat aku berfikir dan mencari. Lewat kebodohan dan kebuntuanku, Engkau memberikan karunia Roh KudusMu kepadaku. Menyiram hatiku dengan titisan air kasih yang memberikan kesegaran pada jiwaku. Seakan jalur cahaya terang yang menyuluh perjalananku yang suram.

Bapa Syurgawi, aku menginginimu ... jiwaku menginginimu ... namun keberadaan dan keterikatanku pada dunia ini justeru menghambat keinginan jiwa ini. Kejahatan sungguh-sungguh menguasai hidupku, dosa-dosa mengikatku sehingga aku tidak mampu melakukan apa pun jua. Tapi, Tuhan Engkau sungguh Allah yang adil dan maha bijaksana, tidak pernah Engkau meninggalkan orang yang telah Kau panggil. Aku bersyukur dan berterima kasih kepadaMu kerana saat indah ini. Tiada kata yang mampu kuungkapkan untuk menunjukkan betapa hatiku bersyukur kepadaMu kerana justeru semuanya itu adalah milikMu.

Tuhan, bantu aku memahami kehendak dan rencanaMu dalam hidupku. Ajar aku mempersembahkan seluruh hidupku hanya kepadaMu. Tuhan, Engkau pernah berfirman jalan fikiranku bukanlah jalan fikiranMu, sejauh langit dari bumi begitulah jauhnya jalan fikiranMu dari jalan fikiranku. Yesus, bantu aku untuk tetap teguh berdiri di hadapanMu, menjadi saksi hidup selama Kau izinkan ia berlaku.

Aku mencintaiMu Yesus kerana Engkau telah lebih dahulu mencintaiku. Engkau mencintaiku bukan kerana aku ini baik tapi kerana Engkau sungguh adalah Allah yang penuh kasih dan berupa suatu anugerah harapan indah bagiku daripada Bapa. Terpujilah namaMu selamanya.


Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Sirakh 2:1-18

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]