Posts

Showing posts from January, 2011

“Siapa gerangan orang ini, sehingga angin dan danau pun taat kepadaNya?” Markus 4:41

Image
[..aku mohon supaya apa yang bisa aku kongsikan di sini adalah seturut kehendakMu dan yang berkenan di hatiMu, kerana yang aku inginkan ialah melakukan kehendakMu; walau perkara yang paling kecil dan hina ini..] Siapa gerangan orang ini? Siapa Yesus di hatiku? Petikan Injil ini benar-benar menyentuh hatiku. Bukan kerana Yesus meneduhkan danau saat 2000 lebih tahun yang lampau di hadapan murid-muridNya. Bukan juga kerana kekuasaanNya yang sering aku dengar dan cuba hayati..namun kerana persoalan yang diungkapkan oleh murid-muridNya. Siapa gerangan orang ini? Persoalan ini acapkali muncul di benakku..dan aku tidak mengerti mengapa persoalan ini muncul setelah sekian lama. Dalam melalui perjalanan imanku, aku tiba-tiba terhenti di persimpangan ini. Sebelum ini pernah datang suatu persoalan yang akhirnya terjawab..dan aku tidak memperhatikannya lagi. Kali ini, bagaimana harus aku membuka hatiku untuk menerima jawapan yang hanya Kau bisa berikan