Posts

Showing posts from February, 2013

Yesus selalu ada..

"AKULAH YANG MEREKA ANIAYA.. AKULAH YANG AKAN BERTINDAK BAGIMU." Semasa menghadiri suatu perkumpulan doa.. Aku mendongak dan melihat salib Yesus yang tergantung di hadapan altar.. Dengan satu persoalan; "Mengapa kejahatan dan sikap yang tidak bertimbang rasa ini berlaku di hadapan kami, umatmu?" Hatiku berkeluh kesah dengan semua permasalahan yang bagiku sangat tidak masuk akal.. Si Jahat sedang bekerja dalam jiwa orang-orang yang terluka dan putus asa!! Aku tidak mampu berbuat apa-apa, dan doa-doaku menjadi suatu keluhan yang tidak mampu kuungkap dengan perkataan yang tepat. Cuma aku tetap percaya Tuhan Yesus selalu ada.. Dia mengerti dan selalu peduli. Saat doa diucapkan oleh penatua .. seolah-olah menzahirkan persoalan-persoalan dalam hatiku sendiri.. Aku hanya mampu memandang salib dan mengalirkan air mata.. Menerima semua deraan perasaan manusiawi ini dengan hati yang pasrah dan berserah.. Tuhan bekerja secara istimewa melalui

Sahabatku ...

Hari ini hidupku berlalu dengan suka cita dan keajaiban.. [sebenarnya hari-hariku berlalu dengan rasa ini kerana Tuhan selalu menyertai ku.. dan aku percaya ^^]  ~ Hari ini hasil perkongsian dengan kanak-kanak PMG, aku terpanggil untuk menyatakan hal ini di hadapan mereka ... "Tuhan mencatat semua perkara yang kita lakukan.." kemudian, satu perasaan yang indah muncul dalam hatiku .. lantas, aku menyambung.. "..tapi Tuhan hanya mencatat perkara baik yang kita lakukan.. Dia tidak akan mencatat perkara jahat yang kita lakukan.." ..saat ini, bukan saja aku berkongsi iman, harapan, dan kasihku terhadap anak-anak ini..tetapi Tuhan sendiri melalui Roh KudusNya, telah memberikan aku rasa indah ini.. ya, Tuhan itu SUNGGUH BAIK. Dia tidak pernah memperhitungkan dosa-dosa kita kerana Dia selalu MENGERTI KELEMAHAN kita .. Dia mengumpul sebanyak mana KASIH yang kita sampaikan kepada DIA melalui SESAMA ..  Tuhan mahu kita terus berusaha untuk mengasihi sesama da