Posts

Showing posts from October, 2009

Sirakh 2:1-18

Image
Anakku, jikalau engkau bersiap untuk mengabdi kepada Tuhan, maka bersedialah untuk pencobaan. Hendaklah hatimu tabah dan jadi teguh, dan jangan gelisah pada waktu yang malang. Berpautlah kepada Tuhan, jangan murtad daripadaNya, supaya engkau dijunjung tinggi pada akhir hidupmu. Segala-galanya yang menimpa dirimu terimalah saja, dan hendaklah sabar dalam segala perubahan kehinaanmu. Sebab emas diuji di dalam api, tetapi orang yang kepadanya Tuhan berkenan dalam kancah penghinaan. Percayalah pada Tuhan maka Ia pun menghiraukan dikau, ratakanlah jalanmu dan berharaplah kepadaNya. Kamu yang takut akan Tuhan nantikanlah belas kasihanNya, jangan menyimpang, supaya kamu jangan terjatuh. Kamu yang takut akan Tuhan percayalah padaNya, niscaya kamu tidak akan kehilangan ganjaranmu. Kamu yang takut akan Tuhan harapkanlah yang baik, sukacita kekal dan belas kasihan. Pandanglah segala angkatan yang sudah-sudah dan perhatikanlah: Siapa gerangan percaya pada Tuhan lalu dikecewakan, siapa ber

Kerendahan hati adalah jalan yang paling sukar!

Image
Kerendahan hati adalah jalan yang paling sukar menuju Yesus Kristus...suatu persembahan yang berkenan di hadapanNya adalah suatu dulang kerendahan hati yang sudah dibakar cukup-cukup. Hari ini Yesus memberikan aku suatu peluang untuk menyelami kerendahan hatiNya sendiri. Perasaan itu sukar untuk kugambarkan secara tulisan tapi cukup membuatku sedar betapa selama ini aku mendahulukan kepentingan peribadi dan perasaanku saja. Aku tidak pernah sedar keinginan Yesus dalam hidupku, "..aku ini hamba Tuhan, terjadilah kehendakMu dalam hidupku.." ... Yesus Tuhanku, yang merendahkan diriNya untukku sampai di kayu salib. SabdaNya yang hidup muncul dalam fikiran.."Jika engkau ingin menjadi besar, jadilah pelayan.." Siapalah aku ini Tuhan, untuk menjadi pelayan Allahku? Kita kadangkala lupa, apa yang berlaku dalam hidup kita adalah semata-mata melakukan kehendak Bapa di syurga..semua yang kita lalui adalah demi kemuliaan namaNya saja. Jika kita sedar kita tidak punya apa-apa di

Kaki Yesus

Image
Lanjutan Seminar Kesedaran dan Penyembuhan di Lahad Datu; Selepas proses pengikatan, saya duduk cuba untuk berdoa. Mata saya tiba-tiba tertarik untuk memandang pada sepasang kaki milik hamba Tuhan yang sedang menjadi alat Tuhan. Tiba-tiba hati saya berkecai dan meruntun dalam kesedihan dan penyesalan, kaki itu membawa diri saya pada 2000 tahun yang sudah. Kaki yang miskin itu adalah milik Yesus. Kaki yang dipenuhi debu dan mengenakan sandal sederhana. Kaki itulah yang berkeliling-keliling kota dan kampung menyebarkan khabar gembira. Kaki Yesus yang dimuliakan dengan kerendahan hati yang sempurna. Kaki Yesus yang mewartakan khabar gembira untuk melepaskan tahanan dan mencelikkan orang yang buta. Kerendahan hati Yesus, sampai saat kakiNya dipaku di kayu salib. Kerendahan hati Yesus, sanggup berkorban untuk saya. Kerendahan hati Yesus, sampai pada tercurahnya darah kudusNya untuk menebus saya. Lihat pada kaki Yesus..lihat darahNya tercurah..saya mahu terus menatap pada kaki Yesus.. bia

Seminar Kesedaran & Penyembuhan Batin ~ St Dominic's Church, Lahad Datu [9-11 Oktober 2009]

Kadang kala kita merasa terlalu dekat dengan Tuhan atau sebaliknya, sehingga kita merasa kita tidak mempunyai sebarang masalah..mungkin tidak pernah mendendami orang atau menyimpan kesalahan orang lain dalam hati kita. Mungkin juga kita seorang yang mudah memaafkan orang lain. Sukar untuk mencari apa sebenarnya masalah dalam batin kita yang menghambat kita untuk datang dan mengenal lebih dalam peribadi Raja Damai kita. Mungkin kita perlu belajar melihat dalam diri kita, melihat peribadi kita sedalam-dalamnya, menyedari perlunya kesedaran akan diri sendiri. Ramai antara kita yang mungkin tidak mengenal diri sendiri..saya tidak mengenal diri dan peribadi saya sehingga tanpa sedar saya memenuhinya dengan kebencian yang begitu mendalam terhadap diri sendiri. Saya menjadi lupa betapa diri saya ini adalah anugerah Allah yang Maha Kuasa, yang terbaik diberikanNya kepada saya untuk digunapakai sementara ziarah diteruskan. Lama sebelum itu, Tuhan pernah membisik pada saya "Apapun yang