Sirakh 2:1-18


Anakku, jikalau engkau bersiap untuk mengabdi kepada Tuhan, maka bersedialah untuk pencobaan.

Hendaklah hatimu tabah dan jadi teguh, dan jangan gelisah pada waktu yang malang.

Berpautlah kepada Tuhan, jangan murtad daripadaNya, supaya engkau dijunjung tinggi pada akhir hidupmu.

Segala-galanya yang menimpa dirimu terimalah saja, dan hendaklah sabar dalam segala perubahan kehinaanmu.

Sebab emas diuji di dalam api, tetapi orang yang kepadanya Tuhan berkenan dalam kancah penghinaan.

Percayalah pada Tuhan maka Ia pun menghiraukan dikau, ratakanlah jalanmu dan berharaplah kepadaNya.

Kamu yang takut akan Tuhan nantikanlah belas kasihanNya, jangan menyimpang, supaya kamu jangan terjatuh.

Kamu yang takut akan Tuhan percayalah padaNya, niscaya kamu tidak akan kehilangan ganjaranmu.

Kamu yang takut akan Tuhan harapkanlah yang baik, sukacita kekal dan belas kasihan. Pandanglah segala angkatan yang sudah-sudah dan perhatikanlah: Siapa gerangan percaya pada Tuhan lalu dikecewakan, siapa bertekun dalam ketakutan kepadaNya dan telah ditinggalkan, atau siapa berseru kepadaNya lalu tidak dihiraukan olehNya?

Memang Tuhan adalah penyayang dan pengasih, Ia mengampuni dosa dan menyelamatkan pada saat kemalangan.

Celakalah, hati yang tawar dan tangan kendor, dan orang berdosa yang jalannya mendua. Celakalah, hati yang lembek kerana tidak percaya. Kerana itulah ia tidak mendapat perlindungan.

Celakalah, kamu yang kehilangan ketabahan hati. Apakah yang hendak kamu perbuat apabila Tuhan mencobai?

Yang takut akan Tuhan taat kepada firmanNya, dan yang mengasihi Dia mengikuti segala jalan yang ditunjukkanNya.

Yang takut akan Tuhan mencari perkenanNya, dan yang mengasihi Dia mengenyangkan diri dengan TauratNya.

Mereka yang takut akan Tuhan terus mempersediakan hatinya serta merendahkan diri di hadapanNya:

"Biarlah kami jatuh ke dalam tangan Tuhan, tetapi jangan ke dalam tangan manusia! Sebab sama seperti keagunganNya demikianpun belas kasihanNya!"

Comments

Popular posts from this blog

Sinar Kemuliaan

Mazmur 8:2-9 [Psalm 8:2-9]